Sekarang ini terlalu banyak scammer pinjaman yang aktif, terutamanya di WhatsApp, Facebook & media sosial lain. Ramai pelanggan kami berkongsi pengalaman menerima panggilan / mesej yang mencurigakan.
👉 Impian Faresh ingin anda tahu bahawa kami adalah pemberi pinjaman berlesen di bawah KPKT.
👉 Kami sentiasa berurusan melalui saluran rasmi & perjanjian bertulis sahaja.
👉 Kami tidak akan meminta bayaran pendahuluan sebelum pinjaman diluluskan.
Senarai Kandungan
Cara Semakan Syarikat berdaftar KPKT.
Cara Guna i-KrediKom Cari Impian Faresh
Muat Turun Aplikasi
Pergi ke Google Play Store atau App Store.
Cari i-KrediKom dan tekan Install / Muat Turun.
Buka & Tanpa Berdaftar
Selepas pasang, buka aplikasi.
Terus log masuk dan guna.
Pilih Menu Carian
Tekan “Semak Pemberi Pinjam Wang Berlesen”.
Cari Nama Syarikat
Taip Impian Faresh di ruangan carian.
Tekan butang Cari.
Semak Maklumat Lesen
Pastikan nombor lesen, alamat pejabat & tarikh sah lesen keluar.
Bandingkan dengan maklumat rasmi dari Impian Faresh.
Sahkan Kesahihan
Jika semua maklumat sama, bermaksud Impian Faresh sah & berlesen KPKT.
Cara Semakan rekod Penipuan .
Muat Turun Aplikasi / Buka Website
Pergi buka website rasmi PDRM semakmule.rmp.gov.my.
Pilih Jenis Carian
Anda boleh pilih nak semak guna:
Nombor Akaun Bank, atau
Nombor Telefon.
- Nama Syarikat.
Masukkan Maklumat
Taip nombor akaun bank / nombor telefon / nama syarikat yang anda nak semak.
Tekan Cari / Semak
Sistem akan periksa sama ada nombor itu pernah dilaporkan terlibat dengan kes penipuan atau tidak.
Lihat Keputusan
Jika ada laporan, akan keluar rekod penipuan.
Jika tiada, bermaksud nombor itu bersih setakat ini.
Ambil Tindakan
Kalau keluar rekod penipuan → jangan teruskan transaksi.
Kalau tiada rekod → tetap berhati-hati dan buat pengesahan lain juga.
Lokasi Kami.
Lokasi Kami
Pejabat kami terletak di
No. 8B & 10B, 8A, Jalan SG 1/2, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Lokasi sangat mudah dicari kerana kami berada sebelah CIMB Bank Sri Gombak sahaja. Jadi, jika anda jumpa CIMB Bank, anda pasti akan nampak pejabat kami di sebelahnya.
Kesimpulan.
Kesimpulannya, di zaman era AI sekarang semua dokumen boleh dipalsukan dengan mudah, cara paling selamat ialah memastikan semua proses pinjaman dibuat di alamat pejabat rasmi dan disemak melalui sistem sah seperti i-KrediKom. Jangan mudah percaya jika hanya diberi salinan atau jumpa di luar tanpa bukti pejabat, kerana semua tandatangan perjanjian sebaiknya dilakukan di pejabat syarikat berlesen untuk elak risiko ditipu.
