Ramai rakyat Malaysia kerja sendiri – contohnya peniaga kecil, petani, pemandu teksi, rider penghantar makanan, atau suri rumah. Kadang-kadang mereka tiada caruman KWSP sebab tak ada majikan.
Sekarang KWSP ada skim khas iaitu i-Saraan. Melalui skim ini, anda boleh mencarum sendiri ke dalam KWSP serendah RM10, dan kerajaan akan beri insentif khas 20% daripada jumlah caruman anda.
Table of Contents
Apa Itu i-Saraan?
Skim KWSP untuk pekerja sendiri / tiada pendapatan tetap
Caruman dibuat secara sukarela (ikut kemampuan)
Layak dapat dividen tahunan KWSP + insentif khas kerajaan
Insentif Khas 20%
Mulai tahun 2025, kerajaan umumkan pencarum i-Saraan layak dapat:
Tambahan 20% daripada jumlah caruman
Maksimum insentif sehingga jumlah tertentu (ikut syarat tahun semasa)
Insentif dikreditkan terus ke dalam akaun KWSP anda
Contoh mudah:
Kalau anda carum RM1,000 ➝ kerajaan tambah RM200
Kalau carum RM3,000 ➝ kerajaan tambah RM600
Cara Nak Carum i-Saraan
Minimum caruman RM10 sekali bayar
Jumlah setahun boleh pilih antara RM500 – RM5,000
Boleh bayar melalui:
Kaunter / kiosk KWSP
Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks dll.)
JomPAY
Kelebihan i-Saraan
✔ Dapat dividen tahunan KWSP
✔ Insentif khas 20% daripada kerajaan
✔ Simpanan lebih terjamin bila bersara
✔ Boleh mula dengan jumlah kecil ikut kemampuan
Siapa Yang Layak?
- Warganegara Malaysia.
- Bekerja Sendiri. Skim ini terbuka kepada individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan tetap, seperti peniaga, pekerja bebas, atau individu yang tidak menerima gaji tetap.
- Mempunyai Akaun KWSP.
- Berumur 60 tahun dan ke bawah.
Pendaftaran i-Saraan Online
- Kunjungi portal rasmi KWSP dan pilih i-Saraan atau terus layari pautan ini: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/.
- Isikan maklumat anda seperti no MyKad dan profesion.
- Baca maklumat pada kotak kuning untuk pengesahan.
- Tandakan [ / ] pada kotak kuning jika bersetuju.
- Kemudian, klik [ / ] untuk buktikan anda bukan robot bagi meneruskan pendaftaran i-Saraan 2025.
- Klik butang Hantar.
- Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan terima notifikasi seperti ini.
Had Maksimum i-Saraan
Notis:
Carum RM2,500 setahun sudah cukup dapat insentif maksimum RM500.
Kalau carum lebih daripada RM2,500, insentif tetap tak lebih RM500.
Kesimpulanya
i-Saraan KWSP sangat sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri. Dengan insentif khas 20% daripada kerajaan, caruman anda akan bertambah lebih cepat. Lagi awal anda mula, lagi banyak simpanan akan terkumpul.
📌 Tip mudah: Walaupun anda hanya carum RM50 sebulan, setahun sudah jadi RM600, kerajaan akan tambah lagi RM120. Simpanan kecil pun boleh jadi besar bila dikumpul lama-lama.
