KWSP i-Saraan : Insentif khas sebanyak 20%

Back view of full length anonymous elderly couple in casual clothes walking along pond and green lawn of park holding hands

Ramai rakyat Malaysia kerja sendiri – contohnya peniaga kecil, petani, pemandu teksi, rider penghantar makanan, atau suri rumah. Kadang-kadang mereka tiada caruman KWSP sebab tak ada majikan.

Sekarang KWSP ada skim khas iaitu i-Saraan. Melalui skim ini, anda boleh mencarum sendiri ke dalam KWSP serendah RM10, dan kerajaan akan beri insentif khas 20% daripada jumlah caruman anda.

Table of Contents

Apa Itu i-Saraan?

  • Skim KWSP untuk pekerja sendiri / tiada pendapatan tetap

  • Caruman dibuat secara sukarela (ikut kemampuan)

  • Layak dapat dividen tahunan KWSP + insentif khas kerajaan

Insentif Khas 20%

  • Mulai tahun 2025, kerajaan umumkan pencarum i-Saraan layak dapat:

    • Tambahan 20% daripada jumlah caruman

    • Maksimum insentif sehingga jumlah tertentu (ikut syarat tahun semasa)

    • Insentif dikreditkan terus ke dalam akaun KWSP anda

    Contoh mudah:

    • Kalau anda carum RM1,000 ➝ kerajaan tambah RM200

    • Kalau carum RM3,000 ➝ kerajaan tambah RM600

Cara Nak Carum i-Saraan

    1. Minimum caruman RM10 sekali bayar

    2. Jumlah setahun boleh pilih antara RM500 – RM5,000

    3. Boleh bayar melalui:

      • Kaunter / kiosk KWSP

      • Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks dll.)

      • JomPAY

Kelebihan i-Saraan

  • ✔ Dapat dividen tahunan KWSP
    Insentif khas 20% daripada kerajaan
    ✔ Simpanan lebih terjamin bila bersara
    ✔ Boleh mula dengan jumlah kecil ikut kemampuan

Siapa Yang Layak?

    1. Warganegara Malaysia.
    2. Bekerja Sendiri. Skim ini terbuka kepada individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan tetap, seperti peniaga, pekerja bebas, atau individu yang tidak menerima gaji tetap.
    3. Mempunyai Akaun KWSP.
    4. Berumur 60 tahun dan ke bawah.

Pendaftaran i-Saraan Online

i saraan kwsp 768x360
    1. Kunjungi portal rasmi KWSP dan pilih i-Saraan atau terus layari pautan ini: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/.
    2. Isikan maklumat anda seperti no MyKad dan profesion.
    3. Baca maklumat pada kotak kuning untuk pengesahan.
    4. Tandakan [ / ] pada kotak kuning jika bersetuju.
    5. Kemudian, klik [ / ] untuk buktikan anda bukan robot bagi meneruskan pendaftaran i-Saraan 2025.
    6. Klik butang Hantar.
    7. Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan terima notifikasi seperti ini.
i saraan kwsp pendaftaran 1024x482

Had Maksimum i-Saraan

screenshot 29

📌 Notis:

  • Carum RM2,500 setahun sudah cukup dapat insentif maksimum RM500.

  • Kalau carum lebih daripada RM2,500, insentif tetap tak lebih RM500.

Kesimpulanya

i-Saraan KWSP sangat sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri. Dengan insentif khas 20% daripada kerajaan, caruman anda akan bertambah lebih cepat. Lagi awal anda mula, lagi banyak simpanan akan terkumpul.

📌 Tip mudah: Walaupun anda hanya carum RM50 sebulan, setahun sudah jadi RM600, kerajaan akan tambah lagi RM120. Simpanan kecil pun boleh jadi besar bila dikumpul lama-lama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top